Memaparkan catatan dengan label dialektologi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label dialektologi. Papar semua catatan

Rabu, 26 Oktober 2011

Malam Dialektologi SMK Saribas 2011



Malam Dialektologi SMK Saribas 2011 diadakan pada dua malam berturut-turut iaitu bermula pada 18 Oktober 2011 (Selasa) dengan Dialektologi Iban Saribas dan pada 19 Oktober 2011 (Rabu) di Dewan Sri Rimbas bermula jam 7.30 malam. Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk memenuhi keperluan kursus 910/1 Bahasa Melayu Kertas 1 Tingkatan 6 Rendah yang bernilai 40%. Aspek yang dinilai adalah pembentangan (10%), persembahan (10%), pengelolaan (10%) dan kertas kerja/dokumen/gambar/video (10%).

Pelajar diberi tugas secara berkumpulan untuk mengkaji dialek tempatan dari segi morfologi dan sintaksis. Seterusnya pada malam dialektologi, setiap kumpulan dikehendaki membentangkan hasil kajian di samping mempersembahkan penggunaan dialek tersebut dalam bentuk drama atau sketsa. Tujuan lain adalah untuk mengeratkan hubungan sesama pelajar, di samping menyemai kemahiran insaniah dalam kalangan pelajar Tingkatan 6 Rendah.

Antara persembahan yang menarik pada kedua-dua malam tersebut adalah Tayangan Video Drama "Bunyau" dan Teater Sastera Rakyat Saribas " Dayang Isah Tandang Sari" yang menarik perhatian ramai penonton. Malam Dialektologi 2011 mencatat sejarah apabila terdapat penyertaan di luar jangkaan daripada para guru dan ibu bapa.