1. Apakah yang menyebabkan
kakitangan di dalam sesebuah organisasi pendidikan bekerja dengan gembira dan sentiasa berusaha serta menunjukkan prestasi kerja
yang tinggi?
2. Antara jawapannya ialah wujudnya penetapan matlamat kerja kakitangan yang selaras dengan matlamat organisasi.
Hasilnya, sudah tentu secara tidak
langsung membantu pencapaian prestasi organisasi di tempat kerja
kerana mereka telah mendapat kepuasan bekerja.
3. Bagaimana pula caranya untuk
mendapatkan rasa gembira di tempat kerja dan seterusnya membantu menyumbang
kepada prestasi tinggi organisasi?
4. Jawapannya sudah tentu di tangan pihak pemimpin
organisasi sendiri yang melalui segala usahanya memperkenalkan budaya kerja baik kepada semua kakitangannya selaras dengan
nilai utama Kementerian Pelajaran.
5. Selain itu, pemimpin organisasi haruslah memfokuskan
terhadap nilai dan kekuatan utama organisasi yang dipimpinnya.
6. Seterusnya, melalui usaha menyelaraskan
matlamat pekerjaan kakitangan dengan matlamat organisasi dengan memberi pemahaman
terhadap kakitangan tentang amalan-amalan baik di dalam organisasi.
7. Salah satu ciri sesebuah
organisasi pendidikan yang hebat adalah kemampuannya mengubah orang (kakitangan) biasa menjadi kakitangan yang mampu menghasilkan
sesuatu keputusan (contohnya keputusan peperiksaan awam) yang luar biasa.