1. Dalam konteks pengurusan pendidikan, pelanggan merujuk kepada pengguna perkhidmatan pendidikan yang disediakan oleh penyedia perkhidmatan pendidikan iaitu sesebuah institusi pendidikan yang disediakan oleh sama ada pihak kerajaan atau swasta.
2. Status pelanggan sesebuah institusi pendidikan ditentukan oleh hubungannya dengan sesebuah institusi pendidikan
3. Terdapat dua jenis pelanggan bagi sesebuah institusi pendidikan iaitu pelanggan luar dan pelanggan dalaman yang juga dikenali sebagai pihak berkepentingan (stakeholders).
4. Pelanggan dalaman sesebuah institusi pendidikan adalah seperti pelajar, guru, ibu bapa, kakitangan bukan guru dan semua warga sekolah, manakala pelanggan luaran pula terdiri daripada komuniti sekeliling, pihak kerajaan, pihak swasta, pihak politik dan pihak-pihak luar lain yang yang berkepentingan dengan sesebuah institusi pendidikan.