1.Sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa
sistem pendidikan sesebuah negara adalah dicorakkan berdasarkan ideologi
politik negara itu sendiri.
2.Dalam hal ini, dasar-dasar dan perancangan
pendidikan selalunya dibangunkan berasaskan pemikiran politik dan kepentingan
kerajaan sesebuah negara.
3.Ini kerana kerajaan yang memerintahlah mempunyai peranan utama dalam membangunkan sistem pendidikan di sesebuah negara.
Misalnya kerajaan memerintah
bertanggungjawab dari segi pembiayaan kewangan, penetapan matlamat dan hala
tuju, rekabentuk kurikulum pendidikan, latihan dan pengurusan guru, pengurusan
penilaian dan pentaksiran pelajar, serta mentadbir dan mengurus aspek-aspek
lain dalam pendidikan.
4.Dalam hubungan ini, sudah tentu pihak
kerajaan yang memerintah juga bertanggungjawab bagi menyediakan peluang pendidikan kepada setiap warga
negaranya dengan mengekalkan kesaksamaan peluang kepada semua, dalam usaha bagi
mengurangkan kemiskinan dan menyelesaikan masalah-masalah lain di dalam
masyarakat.
5.Sehubungan itu, pihak kerajaan perlu menetapkan pelbagai dasar untuk membolehkan mereka bertindak bagi memenuhi
keperluan-keperluan dan
tuntutan-tuntutan ini.
6.Kestabilan politik dapatlah difahami
sebagai keadaan kurangnya perubahan - perubahan yang ketara atau dengan kata lain berlakunya
kesinambungan yang baik dalam sistem politik sesebuah negara.