
1. Al-Fatihah buat Almarhum Muammar Abu Meniar el-Gaddafi..
2. Dunia kini menyaksikan pelbagai taktik digunakan oleh Barat untuk menjatuhkan pemimpin-pemimpin terutamanya di Dunia Islam. Bermula dengan Sadam Hussein, Osama ben Laden, Hosni Mubarak dan yang terkini Almarhum Kolonel Muammar Gaddafi yang semuanya dilakukan dengan terancang dan teliti sehinggakan kejatuhan tersebut dilakukan dengan sistematik dan teratur.
3. Kegagalan menggunakan taktik peperangan konvensional yang menentang musuh secara berdepan dalam pelbagai operasi ketenteraan seperti yang dilakukan di Iraq dan di Afghanistan menyebabkan pihak Barat kerugian besar kerana ribuan tentera mereka terkorban dan kerugian berbilion dolar menyebabkan kini mereka beralih kepada penggunaan kaedah "Seni Dalam Peperangan" yang lebih menguntungkan ibarat "Memalu ular..Ular biar mati, tanah jangan lekuk, buluh jangan pukah"...
4. Seni peperangan Sun Tzu (The Art of War)merupakan karya teori ketenteraan zaman purba China yang mempunyai pengaruh besar dalam dunia ketenteraan walaupun wujud sejak 2500 tahun yang lalu tetapi prinsip-prinsip peperangannya masih relavan sehingga kini.
5. Sekadar beberapa misalan, pihak Barat kini dilihat lebih mengaplikasikan Sun Tzu dalam kempen menjatuhkan Gaddafi, Hosni Mubarak dan pemimpin-pemimpin Arab dalam tempoh akhir-akhir ini. Barat mengaplikasi bab kedua Sun Tzu yang menyatakan bahawa dalam peperangan yang penting adalah kemenangan bukannya tempoh peperangan. Hasilnya tanpa berperang dalam tempoh yang lama, beberapa orang pemimpin Arab berjaya dijatuhkan.