1.Sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa
sistem pendidikan sesebuah negara adalah dicorakkan berdasarkan ideologi
politik negara itu sendiri.
2.Dalam hal ini, dasar-dasar dan perancangan
pendidikan selalunya dibangunkan berasaskan pemikiran politik dan kepentingan
kerajaan sesebuah negara.
3.Ini kerana kerajaan yang memerintahlah mempunyai peranan utama dalam membangunkan sistem pendidikan di sesebuah negara.
Misalnya kerajaan memerintah
bertanggungjawab dari segi pembiayaan kewangan, penetapan matlamat dan hala
tuju, rekabentuk kurikulum pendidikan, latihan dan pengurusan guru, pengurusan
penilaian dan pentaksiran pelajar, serta mentadbir dan mengurus aspek-aspek
lain dalam pendidikan.
4.Dalam hubungan ini, sudah tentu pihak
kerajaan yang memerintah juga bertanggungjawab bagi menyediakan peluang pendidikan kepada setiap warga
negaranya dengan mengekalkan kesaksamaan peluang kepada semua, dalam usaha bagi
mengurangkan kemiskinan dan menyelesaikan masalah-masalah lain di dalam
masyarakat.
5.Sehubungan itu, pihak kerajaan perlu menetapkan pelbagai dasar untuk membolehkan mereka bertindak bagi memenuhi
keperluan-keperluan dan
tuntutan-tuntutan ini.
6.Kestabilan politik dapatlah difahami
sebagai keadaan kurangnya perubahan - perubahan yang ketara atau dengan kata lain berlakunya
kesinambungan yang baik dalam sistem politik sesebuah negara.
7.Secara asasnya kestabilan politik merupakan
fenomena pelbagai dimensi yang menggambarkan berlakunya kekerapan aliran untuk perubahan politik.
8.Kestabilan politik sesebuah negara dapat
dikenal pasti melalui beberapa indikator. Misalnya, kurangnya keganasan yang
berlaku di dalam negara, kewujudan pemerintahan berasaskan perlembagaan; ketiadaan perubahan
struktur kerajaan, dan kurangnya serangan-serangan bersenjata.
9.Namun demikian, dimensi utama yang paling
biasa dirujuk kepada kestabilan politik adalah jangka hayat sesebuah kerajaan
dan ketahanan yang disamakan dengan tempoh panjang masa pemerintahan sesebuah
kerajaan tersebut.
10.Sistem pendidikan sesebuah negara didapati amat
mudah terdedah kepada pengaruh luar dan
perubahan-perubahan baru dalam sistem pendidikan selalunya disebabkan oleh
pengaruh globalisasi yang tiada sempadan.
11.Keupayaan sesebuah sistem pendidikan bagi menyesuaikan
diri dengan perubahan-perubahan baru ini banyak bergantung kepada kestabilan
politik sesebuah negara.
12.Sehubungan itu, lebih stabil sesebuah kerajaan maka lebih
cepat dan mudahlah penyesuaian dengan pengaruh luar yang baru dapat dilakukan. Kadar penyesuaian
ini seterusnya akan menentukan kualiti sistem pendidikan sesebuah negara.
13.Dalam hal ini, kestabilan politik sesebuah
negara akan memberi kesan positif terhadap kualiti sistem pendidikan negaranya melalui pelbagai cara. Antaranya yang paling ketara adalah seperti pengagihan
peruntukan dan belanjawan pendidikan tahunan, dasar-dasar dalam pelantikan guru, aktiviti-aktiviti pendidikan yang bersifat inovatif serta tidak terkecuali juga kesan terhadap proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.
14.Berkaitan hal ini juga didapati bahawa sesebuah kerajaan yang beroperasi dalam konteks politik yang stabil akan mempunyai hala
tuju dan matlamat jangka panjang yang tetap serta disokong dengan sasaran yang lebih
jelas.
15.Sebaliknya, jika keadaan politik sesebuah kerajaan tidak
stabil dan bersifat polarisasi pula, didapati akan lebih cenderung kepada pengamalan
dasar-dasar yang tidak cekap atau sub-optimum, termasuklah penyelenggaraan
sistem percukaian yang tidak cekap, perbelanjaan kerajaan semasa yang lebih tinggi
serta pengumpulan hutang luar yang lebih besar. Keadaan ini sudah tentu akan
merencatkan pembangunan pendidikan sesebuah negara.
14.Ketidakstabilan politik sesebuah negara juga
akan mempengaruhi perkembangan sistem pendidikan yang seterusnya akan membawa kesan negatif terhadap penyediaan
infrastruktur dan sumber-sumber lain dalam bidang pendidikan.
15.Selain itu, hak-hak dan
kebebasan dan pendemokrasian pendidikan selalunya tidak
akan dapat digunakan dengan sepenuhnya oleh warganegara sesebuah negara yang persekitaran politiknya
tidak stabil.
16.Dalam hal ini didapati terdapatnya hubungan negatif antara kedudukan sesebuah kerajaan yang sering mengalami
risiko dan ancaman dengan peratusan
pelajar yang mencapai tahap pendidikan tinggi.
17.Dapati juga bahawa negara-negara yang tidak stabil dari segi politiknya merupakan negara yang kecil pendaftaran
pelajar sekolahnya sama ada pada peringkat rendah atau di menengah.
18.Terdapat juga bukti-bukti tambahan yang
menyatakan bahawa ketidakstabilan politik dan perubahan dalam kerajaan juga akan
memberi kesan langsung terhadap guru-guru kerana para guru ada kaitan sama ada
secara langsung atau tidak langsung dengan parti-parti politik.
19.Di samping itu, ketidakstabilan politik
sesebuah negara juga akan mengundang kepada ketidaktentuan terhadap hala tuju dan matlamat pendidikan sesebuah negara.
20.Dalam konteks ini, didapati bahawa kesahihan
dan kebertanggungjawaban sesebuah kerajaan akan menjadi lemah dalam pelaksanaan sistem pendidikan kerana mereka tidak
akan berkemampuan melaksanakan sepenuhnya dasar-dasar dan rancangan pendidikan
yang telah dirancang dan ditetapkan sebelumnya. Kesannya, perubahan dasar yang bercelaru tidak akan memberi manfaat kepada perkembangan sistem pendidikan negara.
21.Kesimpulannya,
kestabilan politik sesebuah negara memainkan
peranan penting dalam menentukan
survival sesuatu sistem pendidikan. Matlamat utama sesebuah sistem pendidikan
negara akan menentukan acuan warga negara sesebuah negara pada masa akan datang.
22. Dalam hal ini, mana-mana perubahan, reformasi atau inovasi dalam sistem pendidikan hendaklah dilaksanakan secara terancang dan holistik bagi menjamin kualiti sumber manusia dan warga negara pada masa akan datang.
23. Andaikata terdapat kesilapan pada mana-mana bahagian, sudah tentu keruntuhan terhadap sistem pendidikan sesebuah negara sukar untuk dibangunkan semula dan pembangunan semula sistem pendidikan negara memerlukan satu jangka masa yang panjang untuk stabil dan bangkit semula.
22. Dalam hal ini, mana-mana perubahan, reformasi atau inovasi dalam sistem pendidikan hendaklah dilaksanakan secara terancang dan holistik bagi menjamin kualiti sumber manusia dan warga negara pada masa akan datang.
23. Andaikata terdapat kesilapan pada mana-mana bahagian, sudah tentu keruntuhan terhadap sistem pendidikan sesebuah negara sukar untuk dibangunkan semula dan pembangunan semula sistem pendidikan negara memerlukan satu jangka masa yang panjang untuk stabil dan bangkit semula.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan