1. Berdasarkan analisis keputusan
peperiksaan awam didapati bahawa terdapat perbezaan yang ketara prestasi antara
beberapa buah sekolah menengah yang
terletak berhampiran di daerah yang sama, serta mempunyai latar belakang guru,
pelajar, ibu bapa, kakitangan, dan kemudahan yang hampir sama.
2. Ada
sekolah prestasinya mengatasi peratus kebangsaan manakala
sekolah-sekolah lain prestasinya amat
lemah. Perbezaan ini sebenarnya memerlukan satu faktor dalaman unik bagi sesebuah sekolah
iaitu keberkesanan pengetuanya melaksanakan kepimpinan
instruksional di samping komitmen guru-gurunya
terhadap kepimpinan instruksional yang diamalkan oleh pengetua tersebut.
3. Penentuan sama ada status sesebuah akan
menjadi sekolah berkesan atau sekolah yang lemah amat bergantung kepada faktor
kepimpinan instruksional yang diamalkan di
sekolah berkenaan .
4. Selain itu, perubahan dalam masyarakat
semasa telah memberi tekanan kepada sistem pendidikan terutamanya terhadap
pihak sekolah bagi meningkatkan pencapaian pelajar (Cheryl Graczewski, Joel
Knudson, & Deborah J. Holtzman: 2009).
Keghairahan pihak ibu bapa dan masyarakat terhadap pencapaian akademik
sesebuah sekolah juga menimbulkan pelbagai masalah, isu dan dilema dalam
kalangan guru (James Ang Jit Eng & Balasandran Ramiah : 2009). Pihak
Kementerian Pelajaran pula menyediakan pelbagai standard dan piawaian bagi
memastikan pihak sekolah mencapai kualiti perkhidmatan pendidikan yang telah
ditetapkan.
5. Di samping itu, pengurusan sesebuah
kini memerlukan kemahiran seseorang pemimpin yang celik data dalam menyedia dan
menganalisis data kuantitatif dan kualitatif. Kesannya, tekanan-tekanan dan
perubahan ini akan menjadikan pemimpin sesebuah sekolah itu perlu berusaha
menjadikan sekolahnya lebih berkesan dan berakauntabiliti (Meta L. Kruger,
2010). Bagi memenuhi kehendak ini, pemimpin sekolah perlu berusaha menyediakan
pelbagai strategi bagi menambahbaik mutu
pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
6. Selaras dengan usaha penambahbaikan
pengajaran dan pembelajaran di sekolah, cabaran lain yang dihadapi oleh pemimpin di sesebuah sekolah adalah usaha kekal bagi melakukan
penambahbaikan prestasi akademik secara
berterusan di sekolahnya. Penambahbaikan secara berterusan bagi meningkatkan
prestasi akademik pelajar memerlukan
faktor dalaman yang kukuh terutamanya
usaha bagi mendapatkan komitmen tinggi daripada para guru bagi menentukan sama
ada sesebuah sekolah itu berstatus
sekolah berkesan atau sekolah yang lemah.
7. Kualiti guru merupakan salah satu
peramal pencapaian pelajar dan ini merupakan salah satu aspek utama dalam
penambahbaikan kualiti pendidikan di sekolah (Peter Trabert Goff et al,
2012). Usaha ini akan dapat dicapai
melalui penambahbaikan guru-guru dalam usaha menyediakan guru-guru berkualiti
dengan pelbagai cara termasuklah
program-program pembangunan kapasiti supaya mereka mampu menerima dan mengamalkan
pelbagai inovasi terkini dalam bidang pendidikan (Samuel F. Fancera & James
R. Bliss, 2011).
8. Selain itu, usaha penambahbaikan
sesebuah sekolah juga memerlukan keupayaan kepimpinan instruksional bukan
sahaja dalam kalangan pengetua, penolong-penolong kanan dan ketua-ketua bidang
tetapi juga dalam kalangan guru-guru biasa sekolah itu sendiri. Dalam hal ini,
komitmen guru biasa sebagai pemimpin dan pengurus pembelajaran di bilik darjah
juga adalah antara faktor penting yang menyumbang terhadap usaha-usaha
penambahbaikan kualiti pengajaran dan pembelajaran di sebuah sekolah.
9. Dalam
tempoh kebelakangan didapati bahawa kepimpinan
instruksional pengetua dan komitmen guru mula dianggap sebagai satu
elemen utama dalam strategi penambahbaikan akademik di sekolah (Yusuf K. K
Nsubuga, 2008). Kepimpinan instruksional
ialah kepimpinan yang memfokuskan kepada penambahbaikan pengajaran dan
pembelajaran (Hallinger, 2005). Dalam hal ini kepimpinan pengetua seorang
sahaja tidak dapat memenuhi semua keperluan bagi menjayakan kepimpinan
instruksional.
10. Pengamalan kepimpinan instruksional yang berkesan memerlukan kolaborasi pengetua dengan guru-gurunya , selain mengukuhkan
tanggungjawab mereka serta
tidak banyak menyekat tugas-tugas mereka
(Meta L. Kruger, 2010). Kajian yang dilakukan oleh Byrk et. al (2010) mendapati
bahawa kepimpinan instruksional di sekolah mampu memainkan peranannya sebagai
pemacu perubahan (driver for change) di sesebuah sekolah. Guru yang bermotivasi
tinggi akan mampu memberi sumbangan
terhadap kejayaan sesebuah sekolah dalam memberi nilai tambah terhadap
‘outcome’ (keputusan peperiksaan awam) pelajar sekolah berkenaan.
11.Banyak
pendapat mengakui bahawa terdapatnya hubungan sama ada secara langsung atau
tidak langsung antara kepimpinan pengetua dan komitmen guru dalam memupuk
pembelajaran pelajar. De Bevoise (1984) mentakrifkan kepimpinan instruksional
sebagai apa-apa tindakan yang dilakukan
oleh pengetua atau melalui penurunan kuasanya
kepada orang lain dalam usaha bagi meningkatkan perkembangan
pembelajaran pelajar.
12. Daripada kajian terhadap aktiviti-aktiviti dan tingkah laku pengetua sebagai ukuran kepimpinan, Hallinger & Heck (1998), mendapati bahawa pengetua mempunyai pengaruh tidak langsung terhadap pencapaian pelajar. Robinson et. al (2008) pula menyimpulkan bahawa pemimpin sekolah yang sentiasa sibuk dengan aktiviti-aktiviti berkaitan bilik darjah selalunya akan membawa pengaruh positif terhadap hasil pembelajaran pelajar. Selain itu, York-Barr & Duke (2004) menerangkan bahawa kepimpinan guru merupakan proses guru-guru mempengaruhi rakan sejawatan dan komuniti sekolah untuk menambahbaik amalan pengajaran dan pembelajaran dalam usaha untuk meningkatkan pencapaiaan pembelajaran pelajar.
12. Daripada kajian terhadap aktiviti-aktiviti dan tingkah laku pengetua sebagai ukuran kepimpinan, Hallinger & Heck (1998), mendapati bahawa pengetua mempunyai pengaruh tidak langsung terhadap pencapaian pelajar. Robinson et. al (2008) pula menyimpulkan bahawa pemimpin sekolah yang sentiasa sibuk dengan aktiviti-aktiviti berkaitan bilik darjah selalunya akan membawa pengaruh positif terhadap hasil pembelajaran pelajar. Selain itu, York-Barr & Duke (2004) menerangkan bahawa kepimpinan guru merupakan proses guru-guru mempengaruhi rakan sejawatan dan komuniti sekolah untuk menambahbaik amalan pengajaran dan pembelajaran dalam usaha untuk meningkatkan pencapaiaan pembelajaran pelajar.
13. Sammons
et. al (1995) menyatakan bahawa antara faktor yang yang membezakan sama ada sesebuah sekolah itu
berkesan atau tidak begitu berkesan adalah
kehadiran pemimpin instruksional di sekolah yang mampu memberikan impak yang berbeza
terhadap pembelajaran pelajar. Kajian juga telah mendapati bahawa
penempatan pelajar ke sesebuah sekolah
adalah dikaitkan dengan pencapaian pelajar dan prestasi akademik yang tinggi
oleh sekolah berkenaan (Libbey, 2004)
14. Greenfield
(1987) pula menjelaskan bahawa
kepimpinan instruksional adalah merujuk kepada tindakan-tindakan yang diambil
oleh pengetua yang memberi perhatian terhadap usaha-usaha mengembangkan
persekitaran kerja guru yang produktif dan memuaskan serta mengekalkan persekitaran pembelajaran yang diingini
kepada pelajar-pelajar.
15. Dalam hal
ini, Yusuf K.K Nsubuga (2008)
menjelaskan bahawa seseorang pengetua itu hanya akan berjaya
meningkatkan prestasi akademik sekolahnya sekiranya pengetua tersebut telah dibekalkan
dengan pengetahuan dan kemahiran pengurusan dan kepimpinan instruksional yang
cukup.
16. Halverson et. al (2007) pula menyatakan bahawa intipati bagi kepimpinan
instruksional adalah keupayaan pemimpin untuk mengubah sekolah yang pada asalnya
budaya merupakan akauntabiliti dalamannya supaya menjadi sebuah institusi yang
mampu memenuhi kehendak akauntabiliti luaran .Keperluan untuk kepimpinan
pengajaran di sekolah-sekolah telah
ditonjolkan melalui kemunculan akauntabiliti berasaskan standard dan menuntut
bahawa pengetua bertanggungjawab
terhadap prestasi pelajar (Cheryl Graczewski, Joel Knudson & Deborah J.
Holtzman, 2009).
17. Mustafa Celikten (2001) pula menyatakan
bahawa kepimpinan instruksional perlu dikongsi oleh pengetua dengan pihak-pihak
lain sama ada di luar atau di dalam sekolah. Dalam hal ini, komitmen guru-guru
bagi pencapaian matlamat sekolah mengehendaki guru-guru percaya bahawa matlamat
adalah sesuatu yang penting dan mereka berkemampuan untuk mencapainya (Locke
& Latham, 1990).
18. Sehubungan
itu, pengetua hendaklah berkemampuan menyelaras dan memotivasikan guru-guru dan
pelajar-pelajar di sekolahnya dalam usaha untuk mencapai matlamat organisasi
serta mewujudkan sekolah berkesan (Inandu & Ozkan, 2006). Selain itu, dalam
usaha bagi menambah keberkesanan kepimpinan ini, pengetua memerlukan bantuan
daripada orang lain bagi membaiki kelemahan kepimpinannya, gaya dan keadaannya.
19. Cheng-
Yong Tan (2012) pula berpendapat bahawa dalam usaha untuk menurunkan kuasa
kepada guru yang dianggap sebagai guru yang berkemahiran dan profesional dalam
abad ke -21, adalah tidak mencukupi bagi pemimpin sekolah dan guru-guru
mempelajari tentang pedagogi dan mengaplikasikannya dengan penuh kesabaran di
bilik darjah. Pengetua hendaklah juga sentiasa bekerjasama dengan guru-gurunya bagi
menyokong pencapaian tinggi semua pelajar dan sentiasa kelihatan di mana-mana
sahaja di kawasan sekolah, pada semua peristiwa di sekolah dan kerap melakukan
lawatan singkat ke bilik-bilik darjah (Semiha Sahin, 2011).
20. Sehubungan
itu, Jo Blase & Joseph Blase (2002), telah menggariskan enam strategi yang
boleh digunakan oleh pengetua bagi meningkatkan profesionalisme guru-gurunya
iaitu menitikberatkan kajian-kajian tentang pengajaran dan pembelajaran,
menyokong kolaborasi dalam kalangan guru, mengembangkan hubungan kejurulatihan
dalam kalangan guru, menggalakkan dan mendorong guru-guru mereka bentuk semula
program-program, mengaplikasi prinsip-prinsip pembelajaran dewasa dan
melaksanakan kajian tindakan bagi tujuan membuat keputusan dalam hal ehwal
pengajaran.
21. Setiap komuniti sekolah mempunyai konteksnya sendiri yang unik di keadaan
kerja yang berbeza berlaku. Para pengetua hendaklah berusaha supaya mereka
perlu menjadi lebih fleksibel dan sentiasa boleh menyesuaikan diri dalam
pelbagai persekitaran tempat kerja bagi menyokong pembelajaran pelajar-pelajar
dan guru-guru. Selain itu, para pengetua dan guru hendaklah memahami
prasyarat-prasyarat yang menyumbang kepada kesejahteraan kakitangan di tempat
kerja.
22. Akhir sekali, kita hendaklah sedar tentang pentingnya hubungan baik antara pemimpin sekolah dengan guru-guru. Hubungan baik adalah sangat penting dan merupakan salah satu prasyarat dalam usaha mewujudkan persekitaran sekolah produktif dan hubungan manusia yang positif di sekolah.
22. Akhir sekali, kita hendaklah sedar tentang pentingnya hubungan baik antara pemimpin sekolah dengan guru-guru. Hubungan baik adalah sangat penting dan merupakan salah satu prasyarat dalam usaha mewujudkan persekitaran sekolah produktif dan hubungan manusia yang positif di sekolah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan