Rabu, 21 Disember 2011

Pendidik dan Falsafah Pendidikan

1.    Falsafah pendidikan merupakan aplikasi teori-teori falsafah dalam bidang pendidikan .

2.    Bidang pendidikan memerlukan falsafah kerana  masalah-masalah pendidikan bukan sahaja melibatkan pelaksanaan aspek-aspek pendidikan melalui pengalaman pelajar, tetapi juga mencakupi masalah-masalah  yang lebih luas, lebih dalam, serta lebih kompleks, yang tidak dapat diselesaikan melalui pengalaman  mahupun fakta-fakta  teori pendidikan.

3.    Dalam hal ini, seseorang pendidik, sama ada sebagai individu ataupun sebagai agen pelaksana pendidikan, perlu mengetahui falsafah pendidikan kerana tujuan  pendidikan sememangnya mempunyai hubungan langsung dengan tujuan hidup seseorang individu ataupun sesebuah masyarakat yang menganjurkan  pendidikan di sesebuah negara.

4.    Sehubungan itu, tujuan pendidikan perlu difahami dalam hubungannya dengan tujuan hidup.

5.    Sebagai individu pendidik mempunyai  tujuan hidupnya tersendiri dan sebagai  warga   masyarakat pula seseorang pendidik  mempunyai tujuan hidup bersama dengan orang lain.

6.    Falsafah pendidikan harus mampu  memberikan panduan kepada para pendidik terutamanya terhadap sikap dan tingkah lakunya dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.

7.    Selain itu, pemahaman falsafah pendidikan akan menjauhkan para pendidik daripada  kekeliruan dan percubaan-percubaan tanpa berdasarkan ilmu, teori serta penyelidikan dalam usaha menyelesaikan masalah-masalah pendidikan di sekolah.

8.    Peranan falsafah pendidikan dapat ditinjau daripada tiga bidang falsafah, iaitu:

A.    Metafizik
  i.      Metafizik merupakan bahagian falsafah yang  berkaitan dengan masalah hakikat: iaitu tentang hakikat dunia, hakikat manusia, termasuk di dalamnya  hakikat pelajar.
  ii.     Secara praktikalnya metafizik  akan menjadi persoalan utama dalam pendidikan.
  iii.      Ini kerana apabila pelajar mula meneroka persekitarannya, ia terdorong untuk memahami tentang segala  sesuatu yang ada.
  iv.      Pemahaman terhadap falsafah ini diperlukan secara implisit untuk mengetahui  tujuan pendidikan.
   v.      Dalam hal ini, seseorang pendidik seharusnya tidak hanya mengetahui tentang hakikat dunia tempat dia tinggal, tetapi juga harus mengetahui  tentang hakikat diri manusia, khususnya hakikat anak-anak muridnya.
   vi.      Misalnya manusia adalah makhluk jasmani dan rohani, manusia adalah makhluk individual sosial, manusia adalah makhluk yang bebas dan manusia adalah makhluk peneroka.

B.  Epistemologi
     i.    Kumpulan soalan berikut yang berhubungan dengan para pendidik adalah epistemologi.
     ii.   Pengetahuan apakah yang dikatakan benar? Bagaimanakah proses mengetahui itu berlangsung.
     iii.   Bagaimanakah kita dapat mengetahui bahawa kita mengetahui sesuatu perkara?
     iv.   Bagaimanakah kita menilai antara dua pandangan pengetahuan yang berbeza?
      v.   Adakah kebenaran itu mutlak, atau kebenaran itu berubah dari  satu situasi  ke situasi lainnya?
     vi.   Jenis pengetahuan apakah yang paling bernilai?
     vii.  Cara bagaimana kita  menjawab soalan-soalan epistemologis tersebut, itu akan memberi implikasi yang signifikan terhadap pendekatan kurikulum dan pengajaran yang bakal kita gunakan.
     viii.  Pertama pendidik  harus menentukan apakah yang benar mengenai  kandungan yang bakal diajar, kemudian pendidik  harus menentukan alat/bahan yang paling tepat untuk membawa kandungan ini kepada warga pelajar.
       ix.  Selain itu, terdapat lima cara seseorang itu memperoleh ilmu pengetahuan sesuai dengan minat seseorang   pendidik, iaitu pengetahuan yang diperoleh berdasarkan autoriti, wahyu Tuhan, empirisme, penyelidikan, dan intuisi.
       x.   Seseorang pendidik bukan sahaja perlu tahu tentang bagaimana caranya warga pelajar memperoleh pengetahuan, tetapi juga perlu mengetahui bagaimanakah caranya warga pelajar mengikuti pembelajarannya.
        xi.   Dengan itu, epistemologi banyak memberikan sumbangan bagi teori pendidikan terutamanya dalam menentukan kurikulum pembelajaran iaitu tentang pengetahuan apa yang harus diajar dan bagaimanakah caranya untuk memperoleh pengetahuan tersebut, serta bagaimanakah caranya menyampaikan pengetahuan tersebut kepada pelajar.

C.  Aksiologi
          i.   Bidang falsafah ini  membahaskan tentang nilai sama ada nilai baik atau nilai buruk, indah atau tidak indah, yang sangat erat hubungannyanya dengan bidang pendidikan.
          ii.   Ini  kerana dunia nilai akan selalu dipertimbangkan atau akan menjadi dasar pertimbangan dalam menentukan tujuan pendidikan.
          iii.   Sama ada secara langsung atau tidak langsung, nilai akan menentukan tingkah laku pendidikan.
          iv. Dalam konteks pendidikan, nilai merupakan hubungan sosial.
           v.   Pertanyaan-pertanyaan aksiologi yang harus dijawab oleh pendidik adalah: Nilai-nilai apakah yang perlu diterap oleh pendidik kepada warga belajar? Nilai-nilai apakah yang mengangkat manusia ke tahap ekspresi  kemanusiaan yang tertinggi? Nilai-nilai apakah yang  dipegang orang yang benar-benar terdidik?
           vi.   Pada dasarnya aksiologi menegaskan  bahwa pendidik memiliki suatu minat yang bukan hanya terhadap kuantiti pengetahuan yang diperoleh oleh warga pelajar tetapi juga terhadap kualiti kehidupan yang dimungkinkan melalui pengetahuan tersebut.
            xii.  Pengetahuan yang luas tidak akan memberi keuntungan kepada mana-mana individu jika dia sendiri tidak mampu menggunakan pengetahuan itu untuk dimanfaatkan.

9.     Dengan itu, dapatlah dikatakan bahawa falsafah pendidikan terdiri daripada apa yang diyakini seseorang pendidik tentang pendidikan, atau merupakan kumpulan prinsip yang membimbing tindakan profesional seorang pendidik.

10.     Seseorang pendidik sama ada mengetahui atau tidak memiliki suatu falsafah pendidikan, iaitu  keyakinannya tentang bagaimanakah caranya manusia belajar dan berkembang serta apa yang harus manusia pelajari supaya dia dapat tinggal dalam kehidupan yang baik.

11.     Selain itu, falsafah pendidikan  juga berhubung dengan perkembangan semua aspek pengajaran.

12.     Dengan meletakkan aspek falsafah pendidikan menjadi praktikal, para pendidik akan dapat menemui pelbagai penyelesaian permasalahan-permasalahan pendidikan.

13.     Terdapat banyak peranan falsafah pendidikan terhadap seseorang pendidik, misalnya melalui falsafah metafizik, seseorang kan pendidik mengetahui  tentang hakikat manusia, khususnya tentang warga pelajar sehingga ia tahu bagaimanakah caranya untuk bertingkahlaku dengan pelajar dan ini berguna untuk mengetahui tujuan pendidikan.

14.    Melalui falsafah epistemologi , pendidik dapat mengetahui tentang apakah kandungan yang harus diberikan kepada warga pelajar, bagaimanakah caranya memperoleh ilmu pengetahuan, dan bagaimanakah caranya untuk menyampaikan pengetahuan tersebut.

15.     Seterusnya melalui falsafah aksiologi  pula, pendidik akan dapat memahami bahawa  pengetahuan yang harus diperoleh oleh warga pelajar tidak hanya dalam bentuk kuantiti pendidikan tetapi juga kualiti nilai kehidupan masa depan daripada nilai pengetahuan tersebut.

16.     Perkara yang menentukan falsafah pendidikan seseorang pendidik adalah  keyakinannya yang akan menentukan tingkahlaku seseorang pendidik, iaitu: Keyakinannya tentang pengajaran dan pembelajaran, warga pelajar, pengetahuan, dan apakah yang perlu  pelajar ketahui.

Tiada ulasan: