1. Sekolah ialah satu sistem yang terdiri daripada beberapa sub sistem yang menyokong kewujudannya.
2. Kesemua sub sistem menyokong satu sama lain bagi mencapai matlamat utama sekolah.
3. Misalnya, unit akademik, hal ehwal murid, ko kurikulum, pentadbiran am, kewangan, sumber manusia, kaunseling dan sebagainya bekerja untuk mencapai satu visi sekolah yang sama dibawah pimpinan pengetua atau guru besar.
4. Walaupun demikian, setiap sub sistem tersebut mempunyai cara tersendiri dan berbeza untuk mencapai visi sekolah tersebut.
5. Konflik timbul apabila masing-masing sub sistem tidak memahami dan mungkin juga enggan menerima cara unit lain menyelesaikan sesuatu masalah yang dikongsi bersama, mungkin satu pihak menyatakan bahawa kejayaan sesebuah sekolah dilihat dari segi sahsiah pelajar manakala pihak satu lagi melihat prestasi akademik sebagai penentu kejayaan.
6. Keadaan ini distilahkan sebagai 'loose coupling'.
7. Keadaan ini akan menimbulkan kecelaruan apabila setiap sub sistem 'menyendiri' dan tidak selaras dalam melaksanakan tugasnya.
8. Bagi mengatasi masalah ini, sebagai pemimpin satu sistem yang kompleks, pengetua atau GB seharusnya menyelaras dan menyemimbangkan peranan semua sub sistem supaya mereka bersama-sama bergerak seiring untuk mencapai matlamat/visi sekolah.
9. Ketidakseimbangan dalam penumpuan seseorang pengetua atau GB terhadap sub sistem-sub sistem di bawahnya menyebabkan berlakunya kesalahfahaman dalam kalangan ketua sub sistem dan kekeliruan dalam kalangan subordinat di bawahnya yang akhirnya boleh membunuh organisasi tersebut.
10. Sistem organisasi yang runtuh amat sukar untuk dibangunkan semula kerana pemulihannya memerlukan usaha mengorganisasikan semula yang sudah tentu memakan banyak masa, tenaga dan wang kerajaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan