Rabu, 26 Oktober 2011

Malam Dialektologi SMK Saribas 2011



Malam Dialektologi SMK Saribas 2011 diadakan pada dua malam berturut-turut iaitu bermula pada 18 Oktober 2011 (Selasa) dengan Dialektologi Iban Saribas dan pada 19 Oktober 2011 (Rabu) di Dewan Sri Rimbas bermula jam 7.30 malam. Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk memenuhi keperluan kursus 910/1 Bahasa Melayu Kertas 1 Tingkatan 6 Rendah yang bernilai 40%. Aspek yang dinilai adalah pembentangan (10%), persembahan (10%), pengelolaan (10%) dan kertas kerja/dokumen/gambar/video (10%).

Pelajar diberi tugas secara berkumpulan untuk mengkaji dialek tempatan dari segi morfologi dan sintaksis. Seterusnya pada malam dialektologi, setiap kumpulan dikehendaki membentangkan hasil kajian di samping mempersembahkan penggunaan dialek tersebut dalam bentuk drama atau sketsa. Tujuan lain adalah untuk mengeratkan hubungan sesama pelajar, di samping menyemai kemahiran insaniah dalam kalangan pelajar Tingkatan 6 Rendah.

Antara persembahan yang menarik pada kedua-dua malam tersebut adalah Tayangan Video Drama "Bunyau" dan Teater Sastera Rakyat Saribas " Dayang Isah Tandang Sari" yang menarik perhatian ramai penonton. Malam Dialektologi 2011 mencatat sejarah apabila terdapat penyertaan di luar jangkaan daripada para guru dan ibu bapa.



Sejak diperkenalkan pada tahun 2008, terdapat penambahbaikan dari segi mutu persembahan dan pembentangan pelajar. Antara penambahbaikan adalah seperti sudah mula terdapat unsur-unsur pembikinan drama tv, pementasan teater dan dokumentari tentang budaya masyarakat Saribas.

Diharapkan melalui aktiviti sebegini, SMK Saribas dapat melahirkan pelajar pra universiti yang cemerlang, matang dan profesional dalam melaksanakan sesuatu tugas.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Sabri Allem.

Salam Cikgu Zul.. Tahun lepas saya memang menunggu program ni lagi tapi tak ada.. mungkin sebab sistem baru tingkatan 6 ni kot.. Memang seronok dapat membantu pelajar pra-universiti seperti sebelum sebelum ni.. terutama bahagian video dan lakonan tu. rasa puas hati bila apa yang dibantu tu dipentaskan dan ditunjukkan kepada khalayak ramai..walaupun orang tak mengetahui siapa orangnya di sebalik semua tu.. tapi..memang puas hati.. hehe..