Khamis, 27 Oktober 2011

Andragogi di Sekolah Menengah..

1. Saya sering diajukan dengan pelbagai pertanyaan oleh ibu bapa dan sesetengah guru tentang mengapa tidak dibuat program khas untuk meningkatkan prestasi pelajar pelajar tingkatan enam di dalam subjek tertentu.

2. Persoalannya ialah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) mengehendaki sesi pengajaran dan pembelajaran peringkat tingkatan enam menggunakan kaedah andragogi dan bukannya pedagogi seperti yang digunakan kepada murid-murid tadika sehingga tingkatan lima sekolah biasa.

3. Andragogi digunakan untuk pembelajaran dewasa seperti di IPT, IPG, Kolej Komuniti, Kolej Kejururawatan, Pusat Latihan Polis dan lain-lain institusi latihan.

4. Berbeza dengan pedagogi, dari segi peranan pelajar, andragogi lebih menekankankan pembelajaran dan penilaian kendiri oleh pelajar berbanding pedagogi yang lebih banyak memberi tanggungjawab kepada guru untuk melakukannya.

4. Dalam hal ini, pelajar adalah bertanggungjawab sepenuhnya kepada pelajaran dan prestasinya. Sekiranya didapati prestasinya kurang baik bagi sesuatu subjek, adalah menjadi tanggungjawab pelajar dewasa tersebut untuk menyelesaikannya, sama ada berjumpa dengan pensyarah, membuat ulangkaji, berbincang dengan rakan sekuliah dan lain-lain kaedah yang memerlukan usaha pelajar itu sendiri.

5. Sama juga jika seseorang pelatih jururawat atau seseorang mahasiswa IPT gagal sesuatu subjek, tidak ada sebarang program pemulihan atau kelas tambahan dilakukan untuk memperbaiki kelemahan pelajar atau pelatih tersebut.

6. Keadaan ini berbeza dengan pedagogi yang sememangnya memerukan pihak guru membantu untuk memperbaiki prestasi pelajar tersebut.

7. Melalui pendekatan andragogi ini juga, dorongan untuk belajar adalah lebih kepada motivasi dalaman iaitu keinginan yang menggerakkan diri seseorang itu untuk terus belajar bagi mencapai cita-cita yang inginkan.

8.Keadaan ini berbeza dengan pedagogi yang memerlukan guru memberi motivasi luaran dan hukuman atau ganjaran bagi menggerakkan pelajar itu untuk terus belajar.

9. Pendekatan andragogi sememangnya digunakan bagi mereka yang berumur 18 tahun ke atas kerana pelajar tingkatan enam sebenarnya mengikuti program pendidikan lepas menengah berbanding pelajar-pelajar lain walaupun di sekolah yang sama.

Tiada ulasan: